Tiga orang sahabat mati dalam sebuah kemalangan jalanraya dan pergi ke syurga untuk orientasi.
Mereka semua bertanya, “Saat kamu sudah mati, dan teman serta keluargamu berduka di sebelah mayatmu, kamu ingin mendengar apa yang mereka cakap?”
Orang pertama berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah seorang baik.”
Orang kedua berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah seorang yang kuat beribadah dan tidak pernah menganiaya orang lain.."
Orang terakhir menjawab, “Aku ingin mendengar mereka berkata, “Lihat, ia bergerak!!!! :P
Search This Blog
Thursday, 16 February 2012
Monday, 6 February 2012
LAWAK SELAMBA
Suatu hari ketika minum petang, Minah menghidangkan seteko air kopi O dan sepinggan cucur udang untuk juadah minum petang bersama suaminya, Ahmad.
Minah : Minum, bang..
Ahmad : (sambil mengunyah cucur udang) awak ni dah kenapa?? pagi tadi kan abg beli
sekilo udang? knp cucur udang awak ni tak ada udang?
Minah : Ayang campur sikit je bang.. kan dah ada rasa udang tu.. berjimatlah bang.. malam
kang, ayang masak sambal udang ye...?
Ahmad : (dengan muka tak puas hati) huh.. iyala...
Minah : abang ni.. sikit-sikit merajuk.. cuba la bawa bersyukur.. petang kelmarin ayang buat
cucur badak, haram tak ada seekor badak dalam cucur tu, abang tak kisah pun..
Ahmad : !@#$%^&

CERITA PAK PANDIR
Pak Pandir dan Mak Andir risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru,sekejap hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak.
Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu.
Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan,petang baru balik."
Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50,sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.
Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman.
Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."
Pak Pandir dan Mak Andir terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan belakang,kemudian masukkan kedalam poket.
Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andir lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.
Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."
"Kenapa paknya?" Tanya Mak Andir.
"Ondeh akan jadi ahli politik!"

LAWAK BLURRR..
Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:
Ali : Kenapa adik menangis?
Budak : Saya nak lintas jalan ni…
Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..
Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.
Ali : %&$#%%..
SENYUM KAMBING
Seorang pemuda bernama Rashid telah pergi ke mesin ATM berdekatan bagi tujuan urusan mengambil duit. Setibanya di mesin ATM tersebut, beliau pun melakukan pilihan menu di skrin. Sewaktu memasukkan nombor pin, seorang pemuda di belakang telah cuba menjenguk dan tersenyum jahat.
Tiba-tiba Rashid besuara:
Rashid : Kenapa kamu pandang dan tersenyum seperti itu?
Pemuda : Sebenarnya saya dah tahu nombor pin kamu.
Rashid : Kalau kamu tahu, Apa nombor pin saya?
Pemuda :No pin awak ialah ***** betul tak?
Rashid : ???
NASIHAT SAHABAT
Assalamualaikum wbt..
Yakinlah akan kekuasaan Allah S.W.T. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Tiada yang kekal. Jalanilah kehidupan ini dengan sebaik-baiknya. Banyakkan berbuat baik dan elakkan berbuat kejahatan dan kerosakan. Biarlah sesudah mati nanti, kita dikenang sebagai seorang insan yang baik. Janganlah menjadi pencetus kehancuran dan keruntuhan tamadun moral manusia. Jauhi perbuatan yang sia-sia dan durjana..
Sekian.. sekadar aku berpesan...
Subscribe to:
Comments (Atom)